KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

http://www.emocutez.com

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Showing posts with label PETUA CINTA. Show all posts
Showing posts with label PETUA CINTA. Show all posts

Monday, July 25, 2011

CIUMAN TINGKATKAN KESEGARAN


Menurut pakar perubatan, bercium atau bercumbuan membuatkan anda terasa segar dan sihat. Ini kerana saat berciuman, adrenalin akan meresap ke dalam aliran darah dan jantung lebih banyak menampung darah ke seluruh badan.

Ingat, ciuman ini bukan untuk pasangan kekasih yer. Sesuai untuk korang yang dah mendirikan rumah tangga je :-).

Saturday, July 23, 2011

WORDLESS SATURDAY - MOood yang TAK stabil!

Salam pagi & hope korang sumer ceria. Hehe..

Korang tanya Siti ceria tak? Mestilah...Haha... Happy sangat2. Nak tahu nape? Tak tahulah, maybe sebab dapat 'papa' yang penyabar kot. Haha..

Mesti korang heran apa kaitan 'papa' yang penyabar dengan entry Siti ni kan?
So, korang sume mesti dah tahu, sume perempuan ada masa yang mood tunggang terbalik kan. Time tu macam2 leh jadi, nak marah lah, nak cemburu tak bertempat lah & banyak lah.

Ni Siti nak pesan kat girls di luar sana dan untuk Siti jugak ler.. Hehe... Sebelum buat sesuatu tu, fikir dalam2 apa kita nak buat. Jangan ikutkan sangat perasaan. Haha..( terkena batang hidung sendiri)

Rasa nak tergelak pun ada bila ingat apa yang Siti buat. ( Korang tak perlu tahu lah..hehe...malu je...huhu)

Kat guys di luar sana, korang kena faham pasangan korang, ada time mood tunggang langgang, korang kena la accept ....Haha... Kalau nak di fikirkan akibatnya, yang tengah engage atau bercinta boleh break tengah jalan tu....Tapi, kalau dah berkahwin, pandai2 lah menongkah arus. Caiyok!!

Siti rasa bertuah coz ada 'papa' yang banyak sangat sabar dengan karenah Siti. ( perangai macam budak2- Siti la tuuuu..) Haha...

Si Farhan gelak je tengok ..Hehe..

Friday, July 22, 2011

PEMBURU & PENGGODA CINTA PART 2




Belajarlah daripada bulan mengambang. Bulan mengambang sekali sekala.. Bulan tidak mengambang setiap malam..kerana dengan mengambang sekali sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu -tunggu. Begitulah isteri yang masih malu. suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang menburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuk permata dengan tangan yang kotor. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditatang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut "boroi", rambut kusut tak bersikat, tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah "umpannya" anda akan dapat "ikan" yang begitu juga.

HUKUM PANTULAN, HUKUM TARIKAN

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga yang akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik , yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda masih berada di takuk lama? Ingat, perubahan adalah yang akan mengubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaiman, jika kita sudah ada kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri sewaktu mula bertemu dulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dahulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim-melazimi. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Apabila kau hilang malu, lakukanlah segalanya." ( Riwayat Abu Daud, no. 4799) Maksudnya, apabila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir halal haram lagi...semuanya dilanggar tanpa segan silu lagi.

Antara ciri-ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekalkan rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, di antara perbezaan insan dan haiwan- selain insan punya fikiran- adalah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya untuk mencari semula rasa malu yang dulu, samalh seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasullullah sendiri sangat menghargai rasa malu. Sehinggakan Baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuinya. Kenapa?  Ini kerana Sayidina Uthman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya. Begitulah Rasulullah s.a.w dengan sahabat-sahabatnya, apatah lagi dengan isteri-isterinya.  Dan malu itulah yang menyuburkan cinta dalam hati lalu membungakan perlakuan, belaian, dan kata-kata yang menyenangkan.

Siapakah insan terbaik yang ketika bergaul dengan pasangannya, kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. ? Dan antara rahsia keunggulan ini ialah Rasulullah sentiasa mengekalkan rasa malunya ketika berdepan dengan isteri-isterinya. Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya.

Malah Abu Sa'id al-Khudri r.a meriwayatkan: "Sungguh, Rasulullah s.a.w. lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya. Jika beliau tidak senang kerana sesuatu, maka kami akan tahu daripada raut wajah Baginda." (Riwayat al-Bukhari no.3369,Muslim no.6176)

Justeru itu, suburkanlah rasa cinta dalam rumah tangga dengan menanam bibit-bibit malu..tanpa jemu.Selalu!

Friday, July 8, 2011

Pemburu & Penggoda CINTA


Kadangkala hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin ( yang usianya bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu..tetap kini lain sekali. Walaupun kini masih ada perasaan rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Apabila berjauhan, ada juga berkirim SMS tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? macam mna anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga- bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah? Tetapi apabila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua-tua dahulu, apabila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, apabila dekat (sudah hari-hari disisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah spesies mana , wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan seperti itu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Karenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga , dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 orang wanita! Poligami bukan untuk melayan nafsu lelaki ini, tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

DULU LAIN SEKARANG LAIN!

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat "jantan" itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteri pun ada salahnya. Selepas bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu "murah". Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai "jual mahal" untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangsir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah kahwin lain pulak ceritanya. Bau badan tidak dijaga dan asyik "mendedah aurat" ( berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Apabila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Mengunyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sungguh sopan, persis gadis pingitan. Maaf lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin berkurang. Cara duduk tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya...tidak semerdu, ketawa, ha..ha..ha..berdekah-dekah. Mana hilang sifat malunya?

Jangan terkejut jika kita "menjual" terlalu murah, orang akan meragui kualitinya.  Suami akan berhenti "memburu" anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau menjual terlalu mahal...tetap belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insyaalah suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cintamu!

IBARAT PERMATA

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas daripada itu. Sesungguhnya, malu itu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan di dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dkunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika selalu terdedah, itu bukian permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong si isteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

BERSAMBUNG PART 2. HEHE...

Friday, July 1, 2011

CERIAKAN PASANGAN ANDA

1. Kajian menunjukkan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga lebih sihat berbanding dengan orang yang suka berseorangan, tidak pernah berkahwin dan sebagainya.

2. Memberi hadiah kepada pasangan boleh membawa kepada keceriaan kepada mereka. Jadi, mengapa tidak anda hadiahkan sesuatu barangan yang tidak terdapat dalam koleksi pasangan anda. Ini boleh memberi kejutan dan ingatan pada pasangan anda.

3. Senyuman mampu memanjangkan umur dan menceriakan pasangan anda. Jika anda adalah seorang yang serius, cubalah tersenyum pada pasangan anda.

4. Wujudkan kemesraan dan jangan terlalu beremosi dalam perbincangan. Ini kerana bertelagah atau bergaduh boleh membawa kepada penyakit jantung dan darah tinggi.

5. Ada kajian menunjukkan, jika salah seorang paangan anda menghidap obesiti, kemungkinan 37% pasangan anda akan mengikut jejaknya. Jadi, cerminkan diri anda dahulu sebelum anda mengatakan isteri atau suami anda gemuk. Amalkan aktiviti sihat seperti berjoging dan bersukan.

Sunday, June 19, 2011

PESANAN BUAT SUAMI


 

Pesan Untuk Sang Suami

1. Fahamilah isterimu, janganlah cepat menghukum jika dia buat karenah.Anda perlu sedar, semua yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.
2 Isterimu merupakan makhluk yang dijadikan ALLAH dengan fizikal yang lemah, lantas selalulah membantu kerja isterimu dan tidak membebankannya dengan kerja yang berat.
3. Sentiasalah mencari jalan menghibur isterimu dengan bercerita sesuatu yang menghidupkan jiwa, memberi pengisian iman, memberi ilmu yang mendidik dan sekali sekala membawa berjalan. Bersama-sama mendidik anak-anak, sesekali membantunya memasak, membasuh dan lain-lain kerja dengan penuh rasa tanggungjawab
4. Janganlah berkecil hati atau terlalu berkira dan cerewet terhadap isteri jika kurang mendapat layanan istimewa kerana anda perlu faham bahawa isterimu sibuk menguruskan rumah, melayani anak, memasak,membasuh pakaian dan mungkin ditambah dengan bebanan kerja jika dia seorang yang bekerja.

5. Jika isterimu keletihan atau sakit, bantulah merawatnya dan senangkan hatinya.
6. Di kala isterimu bersedih, hiburkanlah dengan kata-kata yang menceriakan atau menenangkan. Jika fikiran isterimu berserabut dengan masalah, ingatkanlah dengan janji-janji Allah, atau ajaklah keluar untuk merehatkan fikirannya.
7. Kalau isteri bermasalah dalam mendidik anak atau rumahtangga, bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian.
8. Di kala isterimu melayanimu dengan layanan yang istimewa, ucapkanlah terima kasih dan hargailah khidmat isterimu itu. Panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH yang mengistimewakan dirimu ke atas isterimu itu.
9. Berakhlak dan berilah layanan yang terbaik kepada isterimu. Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang Mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling berakhlak dan bersikap lembut terhadap isterinya."

Saturday, June 18, 2011

PETUA MENGASIHI SUAMI

Saje letak..cute x? hehe
 
Hi good morning all J. Salam Sayang dari Siti. Semoga hari ini lebih lebih baik dari semalam.
Pagi2 ni, korang pegi la mandi dulu. Jgn ler terus duduk depan laptop/computer/ipad/blueberry dan semua yg berkaitan tu,  dengan tak mandi lagi. Busuk tau!!! ( Macam tau tauje Siti ni). Hehe…
Siti nak kongsi sikit ni, untuk orang yang dah berumah tangga dan yg akan berumah tangga nanti. J. Petua macamana isteri mengasihi suami. Ye la, awal perkahwinan memang la hangat,tapi di usia berumah tangga yang makin meningkat dan pelbagai cabaran zaman sekarang ni , isteri atau suami kenalah ada cara2 sendiri untuk terus mengekalkan kasih sayang antara 2 insan. Che…wah… Hehe.. Ni antara petuanye:
 
PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.


3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.


5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.


6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.


7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.


9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".


11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.


 

Saturday, June 11, 2011

60 PETUA MENARIK HATI PASANGAN

<>
    Salam sayang & semoga kawan-kawan melalu hari yg indah hari ni. Siti nak kongsi tips -tips menawan hati pasangan ni. Hehe... Ada gak yg Siti apply kat hubby. Hehe.. So, keep sharing ya. SElamat membaca :-) Chow!
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


 

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!