KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

http://www.emocutez.com

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Monday, July 25, 2011

USAH DIBENCI PELAKU MAKSIAT

Salam korang sumer :-). Siti nak kongsi satu kisah ni :-).

Suatu ketika Nabi Isa a.s , sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah kamu dari sisiku."

Kita sememnagnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya. kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembuatan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

PLANET NIBIRU BAKAL MELENYAPKAN 2/3 PENDUDUK BUMI?


 
Salam & hi to all blogger:-).

Pasal entry Siti kali ni, mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan? Entah2 Siti je yang tak tahu.

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun.

Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet
jupiter( musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.


PLANET NIBIRU- PLANET YG KE 12



Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit
kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya
mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Kalau korang nak tahu, NASA dah tahu kewujudan Planet Nibiru ni sejak tahun 1983.

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat
youtube (nak forward besar sgt). Benarlah kata2 RASULULLAH satu ari
nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku
di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman
purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat
islam...ALLAHHUAKBAR


KERATAN DARI KOSMO 25 JULY 2011

NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.
Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.
Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran. - Agensi

Friday, July 15, 2011

TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM MATI


TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

    Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

  Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

   Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 



TANDA 1 HARI

 Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
TANDA AKHIR

 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

                           ~ ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG YANG BANYAK MENGINGATI MATI~

Wednesday, June 8, 2011

MUFLIS DI AKHIRAT

Salam.. rasanya 2 hari Siti tak blogging. so, hari ni Siti nak kongsi sikit pasal tajuk blog, MUFLIS DI AKHIRAT unutk sama-sama kita menginsafi diri & menjadi lebih baik...


Gambar Hiasan


      Mesti kawan- kawan tertanya-tanya macamana kita leh muflis di Akhirat kan? Seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, masih ada yang boleh membantu, tetapi apabila telah diisytiharkan muflis di akhirat, tiada hala tuju lain, melainkan neraka...

Firman Rasullullah s.a.w, diriwayatkan Abu Hurairah: " Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama -sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa didunia. Namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Semasa dibicarakan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsa, lalu dihumbankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"

        Cuma ada 2 jalan untuk mengelakkan kita muflis diakhirat. Pertama, tidak melakukan dosa terhadap manusia lain, dan kedua, segera memohon maaf daripada mangsa ketika di dunia. Biarlah kita bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytiharkan muflis di akhirat kelak.

       Ingatlah, dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang kita maki. begitu juga dengan memukul orang dan melukakan orang, Islam memberi hak Qisas ( balas balik). Fitnah pulak kena mohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut.  Dan dosa seterusnya, memakan harta orang lain, kita hendaklah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapatkan redha mangsa.
        Fikirkan balik, mampu tak kita buat semua tu?? kalau tak, jangan buat dosa!! Pesanan ikhlas dari Siti :-).

       

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!