KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

http://www.emocutez.com

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Wednesday, June 8, 2011

MUFLIS DI AKHIRAT

Salam.. rasanya 2 hari Siti tak blogging. so, hari ni Siti nak kongsi sikit pasal tajuk blog, MUFLIS DI AKHIRAT unutk sama-sama kita menginsafi diri & menjadi lebih baik...


Gambar Hiasan


      Mesti kawan- kawan tertanya-tanya macamana kita leh muflis di Akhirat kan? Seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, masih ada yang boleh membantu, tetapi apabila telah diisytiharkan muflis di akhirat, tiada hala tuju lain, melainkan neraka...

Firman Rasullullah s.a.w, diriwayatkan Abu Hurairah: " Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama -sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa didunia. Namun pada masa yang sama dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Semasa dibicarakan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsa, lalu dihumbankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"

        Cuma ada 2 jalan untuk mengelakkan kita muflis diakhirat. Pertama, tidak melakukan dosa terhadap manusia lain, dan kedua, segera memohon maaf daripada mangsa ketika di dunia. Biarlah kita bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytiharkan muflis di akhirat kelak.

       Ingatlah, dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang kita maki. begitu juga dengan memukul orang dan melukakan orang, Islam memberi hak Qisas ( balas balik). Fitnah pulak kena mohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut.  Dan dosa seterusnya, memakan harta orang lain, kita hendaklah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapatkan redha mangsa.
        Fikirkan balik, mampu tak kita buat semua tu?? kalau tak, jangan buat dosa!! Pesanan ikhlas dari Siti :-).

       

0 yang berani:

Post a Comment

SALAM & HI ALL
PLEASE LEAVE YOUR COMMENTS HERE!

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!