KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Sunday, June 5, 2011

NOVELIS...+++ AYAM MASAK 3 RASA

~~~~MAAFKAN AKU BILA TAK SETIA, CINTA INI TAK MUNGKIN KU JAGA, AYAT AYAT CINTA BERGELORA KETIKA KU BERSUJUD....~~~ bait bait lagu berkumandang dalam otak Siti ni. ntah betul ke tidak lirik yg Siti key in ni, i am also not so surei. but i like the lyrics so much..Time Siti blog ni pun citer AYAT AYAT CINTA tengah ditayangkan kat Tv3. But I already seen the show. so, malas nak layan sekali lagi. i think the novel is more interesting.


           Bila bercerita pasal novel ni, Siti teringat apa yg Siti dah terbuat minggu lepas. Dengan kesungguhan yg membuak buak, Siti try la nak tulis novel. Kagum kat penulis novel termuda Malaysia, adik Riha J kita yang karang novel Gadis Piano. Adik Riha J tu adik kepada kawan Siti masa kat U dulu. Kakak berbakat, adik pun berbakat. Rezeki... Berbalik pada novel yg Siti karang tu, hehe...jgn tergelak ye... Siti karang sekerat je, tak masuk page 4 pun dah kering idea. huhu... rasa macam tak ada bakat jadi penulis novel. tak pe, everyone one of us have our specialities. ( betul ke BI Siti ni. buat dek....)  Mana tahu, suatu hari nanti blog Siti ni leh jadi novel (Berangan...hehe).
           Takpe la, tak ada rezeki kot.. But alhamdulillah rezeki yang Allah S.W.T bagi sekarang pun dah cukup. Siti kena la bersyukur. Thanks for my Hubby for support me in everything I do. Then, Siti jadi suri rumah je la sekarang. Berkhidmat kepada suami. banyak pahala tu...hehe...
           Tengah blogging ni terasa lapar la pulak....tapi Siti tengah diet...tak nak la makan dulu, tunggu hubby sekali. Ayam masak 3 rasa yang Siti masak tadi nampaknya kena tunggu malam la untuk kena makan. hehe.... sodap!!!!! geng geng nak tahu resepi ayam masak 3 rasa ni tak? Meh tulis cepat yer.. ni untuk 6 orang makan. :-)
  BAHAN2:
        Ayam ( agak agak 6 orang makan)
        2 biji bawang besar (1 untuk blender, 1 dihiris bulat)
        3 ulas bawang putih
        1 serai
        2 cm halia
        4 cili kering (ikut suka berapa pun, kalau xnak pedas , perlu sikit ja)
       1 biji tomato
       3 sudu makan sos cili
       1 1/2 sudu makan sos tiram
       sedikit ajinamoto
       garam secukup rasa
       air asam jawa ( secukup rasa masam)
       kunyit
       Minyak
 CARA2:
      1. Blender 1 biji bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering dan tomato.
      2. Lumurkan kunyit, garam dan aji kat ayam. Goreng ayam ( jgn kering sangat) dan ketepikan dahulu.
      3. Masukkan 4 sudu makan minyak yg digunakan untuk goreng ayam tadi kat dalam kuali bersih. 
      4. Tumis bahan yg diblender sehingga naik bau.
      5. Masukkan sos cili, sos tiram, air asam jawa, aji dan garam secukup rasa.
      6. Masukkan ayam yg dah digoreng dan hirisan bawang besar. Biarkan seketika.
      7. Tambah air kalau terlalu pekat. kalau banyak sangat air, masukkan setengah sudu tepung jagung.

                 Senang tak??? erm... untuk yg tak biasa masak tu, lama2 pandai la. Siti pun baru belajar gak. hehe..... Dalam hati ada gak cita cita nak bukak bisnes masak ni nanti. hehe... tak tahu lah jadi kenyataan ke tak. Nak jadi tukang jahit pun ada gak. Tapi, tak sempat nak belajar ilmu menjahit. Insyaallah suatu hari nanti. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. So, sampai sini je lah dulu Siti berpot pet.. hehe... Jumpa lagi nanti...di Pot Pet Siti yang lain pulak... Harap tak bosan membaca ye. Chow!!!!!!
     
     
      
    

0 yang berani:

Post a Comment

SALAM & HI ALL
PLEASE LEAVE YOUR COMMENTS HERE!

There was an error in this gadget

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!