KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Thursday, July 28, 2011

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER - Saya blogger wanita

Salam korang :-).Kali ni pulak Siti nak join dari miss Luna Lanun pulak. Dulu dah terlepas segmen menambah follower, & kali ni harap tak terlepas dah . Hehe :-). Korang

Apa? Korang nak join jugak ? JOm, klik kat bawah ni :-)



BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT

Salam korang sumer :-). Hari ni sihat ke? Siti sihat je...Hehe.. Kali ni Siti nak join contest ni. Dengar2 hadiah die manarik. JOm cepat klik kat banner bawah ni kalau korang nak join gak yer... terhad 200 orang ja. Cepat2 sebelum terlambat :-)


 Actually sekarang ni otak tgh jem..banyak benda nak fikir kot.. hehe... Entry kali ni Siti nak kongsi pasal yang Siti dah postkan sebelum ni, sudi sudi la baca lagi. Hehe...

Salam & hi to all blogger:-).

Pasal entry Siti kali ni, mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan? Entah2 Siti je yang tak tahu.

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun.

Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet
jupiter( musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.


PLANET NIBIRU- PLANET YG KE 12



Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit
kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya
mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Kalau korang nak tahu, NASA dah tahu kewujudan Planet Nibiru ni sejak tahun 1983.

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat
youtube (nak forward besar sgt). Benarlah kata2 RASULULLAH satu ari
nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku
di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman
purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat
islam...ALLAHHUAKBAR


KERATAN DARI KOSMO 25 JULY 2011

NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.
Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.
Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran. - Agensi

Monday, July 25, 2011

CIUMAN TINGKATKAN KESEGARAN


Menurut pakar perubatan, bercium atau bercumbuan membuatkan anda terasa segar dan sihat. Ini kerana saat berciuman, adrenalin akan meresap ke dalam aliran darah dan jantung lebih banyak menampung darah ke seluruh badan.

Ingat, ciuman ini bukan untuk pasangan kekasih yer. Sesuai untuk korang yang dah mendirikan rumah tangga je :-).

USAH DIBENCI PELAKU MAKSIAT

Salam korang sumer :-). Siti nak kongsi satu kisah ni :-).

Suatu ketika Nabi Isa a.s , sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah kamu dari sisiku."

Kita sememnagnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya. kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembuatan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

PLANET NIBIRU BAKAL MELENYAPKAN 2/3 PENDUDUK BUMI?


 
Salam & hi to all blogger:-).

Pasal entry Siti kali ni, mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan? Entah2 Siti je yang tak tahu.

Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun.

Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet
jupiter( musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.


PLANET NIBIRU- PLANET YG KE 12



Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit
kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya
mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana.

Kalau korang nak tahu, NASA dah tahu kewujudan Planet Nibiru ni sejak tahun 1983.

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat
youtube (nak forward besar sgt). Benarlah kata2 RASULULLAH satu ari
nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku
di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman
purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat
islam...ALLAHHUAKBAR


KERATAN DARI KOSMO 25 JULY 2011

NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?

Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.

Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.
Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.

Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi.

"Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.

Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.
Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran. - Agensi

Saturday, July 23, 2011

WORDLESS SATURDAY - MOood yang TAK stabil!

Salam pagi & hope korang sumer ceria. Hehe..

Korang tanya Siti ceria tak? Mestilah...Haha... Happy sangat2. Nak tahu nape? Tak tahulah, maybe sebab dapat 'papa' yang penyabar kot. Haha..

Mesti korang heran apa kaitan 'papa' yang penyabar dengan entry Siti ni kan?
So, korang sume mesti dah tahu, sume perempuan ada masa yang mood tunggang terbalik kan. Time tu macam2 leh jadi, nak marah lah, nak cemburu tak bertempat lah & banyak lah.

Ni Siti nak pesan kat girls di luar sana dan untuk Siti jugak ler.. Hehe... Sebelum buat sesuatu tu, fikir dalam2 apa kita nak buat. Jangan ikutkan sangat perasaan. Haha..( terkena batang hidung sendiri)

Rasa nak tergelak pun ada bila ingat apa yang Siti buat. ( Korang tak perlu tahu lah..hehe...malu je...huhu)

Kat guys di luar sana, korang kena faham pasangan korang, ada time mood tunggang langgang, korang kena la accept ....Haha... Kalau nak di fikirkan akibatnya, yang tengah engage atau bercinta boleh break tengah jalan tu....Tapi, kalau dah berkahwin, pandai2 lah menongkah arus. Caiyok!!

Siti rasa bertuah coz ada 'papa' yang banyak sangat sabar dengan karenah Siti. ( perangai macam budak2- Siti la tuuuu..) Haha...

Si Farhan gelak je tengok ..Hehe..

Friday, July 22, 2011

PEMBURU & PENGGODA CINTA PART 2




Belajarlah daripada bulan mengambang. Bulan mengambang sekali sekala.. Bulan tidak mengambang setiap malam..kerana dengan mengambang sekali sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu -tunggu. Begitulah isteri yang masih malu. suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang menburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuk permata dengan tangan yang kotor. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditatang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut "boroi", rambut kusut tak bersikat, tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah "umpannya" anda akan dapat "ikan" yang begitu juga.

HUKUM PANTULAN, HUKUM TARIKAN

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga yang akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik , yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda masih berada di takuk lama? Ingat, perubahan adalah yang akan mengubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaiman, jika kita sudah ada kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri sewaktu mula bertemu dulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dahulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim-melazimi. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Apabila kau hilang malu, lakukanlah segalanya." ( Riwayat Abu Daud, no. 4799) Maksudnya, apabila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir halal haram lagi...semuanya dilanggar tanpa segan silu lagi.

Antara ciri-ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekalkan rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, di antara perbezaan insan dan haiwan- selain insan punya fikiran- adalah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya untuk mencari semula rasa malu yang dulu, samalh seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasullullah sendiri sangat menghargai rasa malu. Sehinggakan Baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuinya. Kenapa?  Ini kerana Sayidina Uthman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya. Begitulah Rasulullah s.a.w dengan sahabat-sahabatnya, apatah lagi dengan isteri-isterinya.  Dan malu itulah yang menyuburkan cinta dalam hati lalu membungakan perlakuan, belaian, dan kata-kata yang menyenangkan.

Siapakah insan terbaik yang ketika bergaul dengan pasangannya, kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. ? Dan antara rahsia keunggulan ini ialah Rasulullah sentiasa mengekalkan rasa malunya ketika berdepan dengan isteri-isterinya. Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya.

Malah Abu Sa'id al-Khudri r.a meriwayatkan: "Sungguh, Rasulullah s.a.w. lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya. Jika beliau tidak senang kerana sesuatu, maka kami akan tahu daripada raut wajah Baginda." (Riwayat al-Bukhari no.3369,Muslim no.6176)

Justeru itu, suburkanlah rasa cinta dalam rumah tangga dengan menanam bibit-bibit malu..tanpa jemu.Selalu!

APA YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA

Salam & good morning korang :-). Sihat ke arini? erm.. Siti sihat je..

Entry kali ni Siti just nak share pasal kehidupan kita.

Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya kan?
Kita tak selama-lamanya hidup happy jer..tipulah kalau sapa2 tak pernah dihempas ombak dalam hidup die ( bukan kena hempas ombak betul tau, ni bidalan jer..).

Apa yang kita kena buat bila tetiba ditimpa kesukaran, firstly is jangan fikir bukan2. Fikir tak da masa depan dah lah...macam nak mati lah...& macam2 lagilah andaian buruk. J
ust think that apa yang berlaku tu,pasti ada hikmah, dan mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita ada.

"Cakap senanglah!"
 Mesti ada yang kata macam tu kan? So, tak kan kita nak menyalahkan takdir, atau menangisi apa yang dah jadi kot?? Just waste ur time je kan.

Kalau kita orang Islam, kita kena terima Qada dan Qadar. Tahu tak korang, Syaitan musuh kita yang utama tu, saaaaaaaangat suka kalau kita selalu kecewa.

Korang, kuatkan semangat k.
Siti pun macam tu juga..
Entry ni bukan saja2 Siti taip,tapi untuk memotivasikan diri Siti ni dan korang jugak. Dan..Ikhlas dari Siti,, Senyum selalu tau..
Biarlah orang kata korang dan Siti gila sebab senyum jer kejer....Haha...
Chow!


Thursday, July 21, 2011

MAMPUKAH SEORANG LELAKI BERKELUARGA YANG BERGAJI RM3000 HIDUP DI MALAYSIA??

Assalamualaikum :-).

Hehe.. entry kali ni, Siti ambil dari sebuah blog sahabat LUNA LANUN Artikel yang sangat menarik..  Sorry tak ada idea lagi nak update blog Siti ni. Jom kita baca artikel ni k. Sorry, guna English pulak, so, kalau korang tak faham, rajin2 la buka kamus k. Hehe..

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia?!


Let's do some simple calculations here. In Malaysia , the average family income is RM3,000/month (where father works, mother doesn't). I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000. But, to make things simple, let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right? Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam!

Calculation starts...
 
  • Electricity and water bill : RM100 (No air-con, No home theatre, No water heater ok!) 
  • Phone bill (Telekom) : RM100 (Internet streamxy RM68 + land line RM25 = RM93, round-up to RM100 la) 
  • Meals for a happy family : RM775 (3 meals on RM25/day 4 persons.  Forget about makan in restaurant ya) 
  • Papa makan/teh-tarik during working hrs : RM155 (RM5/day, RM5?! Can eat what?)
  • Car repayment : RM400 (A proton saga aeroback, 7 yrs repayment) 
  • Petrol (living in city, traffic-jam) : RM300 (go to work, bring son to school, only can afford one car running. NO YET CONSIDER PETROL INCREASE 40.8%) 
  • Insurance : RM650 (Kids, wife and self. Forget about insurance la... No money to pay, lets drop it) 
  • House repayment : RM750 (low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!) 
  • Tuition : RM80 (Got that cheap meh? I don't think so!) 
  • Older children pocket money @ school : RM20 (RM1/day, eat bread?) 
  • School fees : RM30 (Enough ah?) 
  • School books and etc : RM100 (Always got extra to pay in school...) 
  • Younger children milk powder : RM50 (cannot have the DHA, BHA, PHA one... Expensive!) 
  • Miscellaneous : RM100 (shampoo, rice, sauce, toilet paper, saman, etc)

 
Oh wait!!! I have to stop here, so...
 
  • no Astro,
  • no movie @ cinema,
  • no DVD,
  • no CD,
  • no toys
  • no computer,
  • no KFC, no McDonald,
  • no insurance
  • no jalan-jalan makan angin (vacation)
  • no chit chat on phone with grandparents, and etc...
  • nothing breaks down for repair

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM2,960 already?! EPF belum potong, income tax lagi! Oledi RM2,960?! How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian???

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!! What is this? Inilah Malaysia Boleh.
Sorry.... It should be Malaysians Boleh, because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!


Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Loong around lah...

Friday, July 15, 2011

TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM MATI


TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

    Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

  Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

   Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 



TANDA 1 HARI

 Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
 
TANDA AKHIR

 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

                           ~ ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG YANG BANYAK MENGINGATI MATI~

Thursday, July 14, 2011

IS JESUS GOD?



NO CLEAR STATEMENT

Where is in the Bible did Jesus say; "I am God" or " Worship me"?
Jesus said "One God"

(1)
Deutronomy [6:4] Hear , O Israel: The LORD our God is one LORD:
Deutronomy [6:5] And thou shalt love the LORD thy God with all thine heart, and with all thy soul, and with all thy might.

(2)
Mark [12:28] And one of the scribes came, and having heard them reasoning together, and perceiving that he had answered them well, asked him, Which is the first commandment of all?
Mark [12:29]  And Jesus answered him, The First of all the commandments is Hear , O Israel; The Lord our God is one Lord:
Mark [12:30] And thou shalt love the Lord thy God with all thy heart and with all thy soul, and with all thy mind, and with all thy strength : this is the first commandment.



JESUS HELPLESS

John [5:30] I can of mine own self do nothing: as I hear , I judge: and my judgement is just ; because I seek not mine own will, but the will of the Father hath sent me.



JESUS NO KNOWLEDGE OF FINAL HOUR

Mark [13:32] But of the day and that hour knoweth no man, no, no the angles which are in heaven, neither the Son, but the Father.

- ayat ini sekaligus mencantas konsep trinity. Kerana, dalam konsep trinity, Son, God dan Roh Kudus adalah sama rata. Tapi ayat ni kata, hanya Father yang hidup masa hari kiamat.


ONLY ONE GOD & SAVIOUR - NOT JESUS

(1)
Isaiah [43:10] Ye are my witnesses, saith the LORD; and my servant whom I have chosen: that ye may know and believe me, and understand that I am he: before me there was no God formed, neither shall there be after me.

(2)
Isaiah [45:21] Tell ye, and bring them near; yea, let them take counsel together: who hath declared this from ancient time? who hath told it from that time? have not I the LORD? and there is no God else beside me; a just God and a Saviour; there is none beside me.
Isaiah [45:22] Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.


DOES GOD CRY

John [11:35] Jesus wept.
- this is the shortest sentence in Bible.

Wednesday, July 13, 2011

PHOTO PANDA DARI KECIK SAMPAI BESAR.. KIUT.. :-)


Salam :-). hehe.. Siti nak kongsikan photo si comel Panda kat korang :-). Best tak? hehe.. Siti sukeeeeeee sangat tengok Panda-Panda ni. Teringin nak peluk..huhu..tapi tak ada rezeki lagi.. hehe.. ( Berangan je Siti ni..hehe..)
Jom layan...............






Wah....syoknyer... dari kecil sampai besar tetap comel kan? 

CARA GUNA PHOTOSHOP CS5

Assalamualaikum korang sume :-).

Hehe... hari ni bukan Siti nak ajar korang guna CS5. Tengah tension ni study CS5. Sampai kabur bijik mata dah. Huhu.... Sape-sape yang terer bab ni leh la ajar Siti yer... nak jugak ada header yang lawa2 cam korang.
Ni muke aku tengah tension. (ada iras2..haha)

So, pada korang yang ada ilmu tu atau ada link yang leh dikongsikan, leh la bagi tunjuk ajar yer.. Jangan la diam jer....huhu...




TUTORIAL BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOGLIST

Assalamuaikum korang sume :-).

Lama rasanya Siti tak masukkan entry baru kan.
So, hari ni, Siti nak kongsikan macamana nak buat Scroll Box untuk Bloglist.

Kelebihan bila ada Scroll Box ni, supaya senang nak tengok bloglist kita. taklah panjang berjela-jela sampai kita tak sanggup nak tengok. Hehe.

Ni cara-caranya. Fokus k.. :-)



1. Log in > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl+F & cari tajuk bloglist korang. Contoh:
       [ My Blog List ]

3. Bila dah jumpa tajuk bloglist korang, cuba tengok -tengok kod dibawah tajuk bloglist, ada tak kod ni:

<div class='widget-content'>

4. Jumpa tak ? then, korang gantikan kod kat atas dengan kod dibawah ni :

 <div class='widget-content' style='overflow:auto;width:ancho;height:200px;'>

5. Dah gantikan? Korang preview dulu blog korang. Kalau menjadi, korang save la .

SELAMAT MENCUBA :-)

Friday, July 8, 2011

Pemburu & Penggoda CINTA


Kadangkala hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin ( yang usianya bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu..tetap kini lain sekali. Walaupun kini masih ada perasaan rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Apabila berjauhan, ada juga berkirim SMS tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? macam mna anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga- bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah? Tetapi apabila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua-tua dahulu, apabila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, apabila dekat (sudah hari-hari disisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah spesies mana , wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan seperti itu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Karenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga , dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 orang wanita! Poligami bukan untuk melayan nafsu lelaki ini, tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

DULU LAIN SEKARANG LAIN!

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat "jantan" itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteri pun ada salahnya. Selepas bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu "murah". Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai "jual mahal" untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangsir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah kahwin lain pulak ceritanya. Bau badan tidak dijaga dan asyik "mendedah aurat" ( berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Apabila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Mengunyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sungguh sopan, persis gadis pingitan. Maaf lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin berkurang. Cara duduk tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya...tidak semerdu, ketawa, ha..ha..ha..berdekah-dekah. Mana hilang sifat malunya?

Jangan terkejut jika kita "menjual" terlalu murah, orang akan meragui kualitinya.  Suami akan berhenti "memburu" anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau menjual terlalu mahal...tetap belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insyaalah suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cintamu!

IBARAT PERMATA

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas daripada itu. Sesungguhnya, malu itu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan di dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dkunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika selalu terdedah, itu bukian permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong si isteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

BERSAMBUNG PART 2. HEHE...

Friday, July 1, 2011

It's time for football fever people! Get ready your football jersey! #MotorTrader

DAPATKAN IPAD PERCUMA KAT SINI!!

Salam :-) Entry kali ni Siti nak kongsi kat korang, macamana nak dapatkan ipad & ticket movie percuma. Jom klik link kat bawah ni k :-)

DAPATKAN IPAD PERCUMA KAT SINI!!

IS THE BIBLE GOD'S WORDS?

WORD OF GOD, PROPHET, DISCIPLE & HISTORIAN


(A) Word of Prophet
Matthew [27:46] And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me?


(B) Word of God
Deutronomy [18:18] I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mounth, and he shall speak unto them all that I shall command him.


(C) Word of disciple
1 Corinthians [7:25] Now concerning virgins I have no commandment of the lord: yet I give my judgement, as one that hath obtained mercy of the Lord to be faithful.
- this is writted by Paul himself. tak ada wahyu dari Tuhan, tetapi tetap bagi pandangan. So, ini tak dikira wahyu.


(D) Word of historian
Matthew [9:9] And as Jesus passes forth from thence, he saw a man, named Matthew, sitting at the receipt of custom; and he saith unto him, Follow me. And he arose, and followed him.
- This is not written by Matthew. If write by him, he should say"unto me" & "I arose".




CONTRADICTION IN THE BIBLE


(A)
2 Samuel [24:1] And again the anger of the LORD was kindled against Israel, and he moved David against them to say, Go, number Israel and Judah. ( this verse contradicts with below)


1 Chronicles [21:1] And Satan stood up against Israel, and provoked David to number Israel.


(B)
2 Chronicles [36:9] Jehoiachin was eight years old when he began to reign, and he reigned three months and ten days in Jerusalem: and he did that which was evil in the sight of the LORD. ( contradicts with below verse)


2 Kings [24:8] Jehoiachin was eighteen years old when he began to reign, and he reigned in Jerusalem three months. And his mother's name was Nehushta, the daughter of Elnathan of Jerusalem.


- wahyu dari Tuhan tak boleh silap. Bible fails its own test of authenticity.



CERIAKAN PASANGAN ANDA

1. Kajian menunjukkan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga lebih sihat berbanding dengan orang yang suka berseorangan, tidak pernah berkahwin dan sebagainya.

2. Memberi hadiah kepada pasangan boleh membawa kepada keceriaan kepada mereka. Jadi, mengapa tidak anda hadiahkan sesuatu barangan yang tidak terdapat dalam koleksi pasangan anda. Ini boleh memberi kejutan dan ingatan pada pasangan anda.

3. Senyuman mampu memanjangkan umur dan menceriakan pasangan anda. Jika anda adalah seorang yang serius, cubalah tersenyum pada pasangan anda.

4. Wujudkan kemesraan dan jangan terlalu beremosi dalam perbincangan. Ini kerana bertelagah atau bergaduh boleh membawa kepada penyakit jantung dan darah tinggi.

5. Ada kajian menunjukkan, jika salah seorang paangan anda menghidap obesiti, kemungkinan 37% pasangan anda akan mengikut jejaknya. Jadi, cerminkan diri anda dahulu sebelum anda mengatakan isteri atau suami anda gemuk. Amalkan aktiviti sihat seperti berjoging dan bersukan.
There was an error in this gadget

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!