Kadangkala hati tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin ( yang usianya bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu..tetap kini lain sekali. Walaupun kini masih ada perasaan rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!
Apabila berjauhan, ada juga berkirim SMS tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? macam mna anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga- bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.
Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah? Tetapi apabila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua-tua dahulu, apabila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, apabila dekat (sudah hari-hari disisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?
Kata sesetengah lelaki (entah spesies mana , wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan seperti itu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Karenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.
Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga , dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 orang wanita! Poligami bukan untuk melayan nafsu lelaki ini, tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.
DULU LAIN SEKARANG LAIN!
Kita tinggalkan lelaki yang bersifat "jantan" itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteri pun ada salahnya. Selepas bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu "murah". Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai "jual mahal" untuk mendapat perhatian suami.
Jika dulu puas berlangsir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah kahwin lain pulak ceritanya. Bau badan tidak dijaga dan asyik "mendedah aurat" ( berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Apabila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?
Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Mengunyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sungguh sopan, persis gadis pingitan. Maaf lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin berkurang. Cara duduk tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya...tidak semerdu, ketawa, ha..ha..ha..berdekah-dekah. Mana hilang sifat malunya?
Jangan terkejut jika kita "menjual" terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti "memburu" anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau menjual terlalu mahal...tetap belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insyaalah suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cintamu!
IBARAT PERMATA
Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas daripada itu. Sesungguhnya, malu itu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.
Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan di dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dkunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika selalu terdedah, itu bukian permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong si isteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.
BERSAMBUNG PART 2. HEHE...
0 yang berani:
Post a Comment
SALAM & HI ALL
PLEASE LEAVE YOUR COMMENTS HERE!