KLIK ! KLIK! CEPAT2!!

http://www.emocutez.com

ARIGATO !!!

SEARCH IN SITI BLOG

Friday, July 22, 2011

PEMBURU & PENGGODA CINTA PART 2




Belajarlah daripada bulan mengambang. Bulan mengambang sekali sekala.. Bulan tidak mengambang setiap malam..kerana dengan mengambang sekali sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu -tunggu. Begitulah isteri yang masih malu. suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang menburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuk permata dengan tangan yang kotor. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditatang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut "boroi", rambut kusut tak bersikat, tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah "umpannya" anda akan dapat "ikan" yang begitu juga.

HUKUM PANTULAN, HUKUM TARIKAN

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga yang akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik , yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda masih berada di takuk lama? Ingat, perubahan adalah yang akan mengubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaiman, jika kita sudah ada kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri sewaktu mula bertemu dulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dahulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim-melazimi. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Apabila kau hilang malu, lakukanlah segalanya." ( Riwayat Abu Daud, no. 4799) Maksudnya, apabila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir halal haram lagi...semuanya dilanggar tanpa segan silu lagi.

Antara ciri-ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekalkan rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, di antara perbezaan insan dan haiwan- selain insan punya fikiran- adalah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya untuk mencari semula rasa malu yang dulu, samalh seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasullullah sendiri sangat menghargai rasa malu. Sehinggakan Baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuinya. Kenapa?  Ini kerana Sayidina Uthman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya. Begitulah Rasulullah s.a.w dengan sahabat-sahabatnya, apatah lagi dengan isteri-isterinya.  Dan malu itulah yang menyuburkan cinta dalam hati lalu membungakan perlakuan, belaian, dan kata-kata yang menyenangkan.

Siapakah insan terbaik yang ketika bergaul dengan pasangannya, kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w. ? Dan antara rahsia keunggulan ini ialah Rasulullah sentiasa mengekalkan rasa malunya ketika berdepan dengan isteri-isterinya. Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya.

Malah Abu Sa'id al-Khudri r.a meriwayatkan: "Sungguh, Rasulullah s.a.w. lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya. Jika beliau tidak senang kerana sesuatu, maka kami akan tahu daripada raut wajah Baginda." (Riwayat al-Bukhari no.3369,Muslim no.6176)

Justeru itu, suburkanlah rasa cinta dalam rumah tangga dengan menanam bibit-bibit malu..tanpa jemu.Selalu!

0 yang berani:

Post a Comment

SALAM & HI ALL
PLEASE LEAVE YOUR COMMENTS HERE!

CLICK CEPAT-CEPAT!!!!!